Antarabangsa

Cuaca Ekstrem: Asia Dan Pasifik Tidak Bersedia Alami Perubahan – ESCAP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGKOK, 09 Mei 2023 – Kajian mendapati kebanyakan negara di Asia serta Pasifik tidak bersedia untuk menghadapi peningkatan cuaca ekstrem dan bencana alam susulan perubahan iklim.

Laporan ‘The Race to Net Zero: Accelerating Climate Action in Asia and the Pacific’ yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial untuk Asia dan Pasifik (ESCAP), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), memaklumkan hal itu disebabkan kekurangan sumber kewangan.

BACA JUGA: Kerajaan Cadang Guna Susu Getah Tempatan Dalam Pembuatan Sarung Tangan

BACA JUGA: Awas! Harimau Bukit Berekeh, Perak, Mula Mengganas

BACA JUGA: PERHATIAN: Penutupan Jalan Sementara Di Sekitar Bandar Penawar Bermula 12 Mei Ini

“Negara-negara di rantau terbabit kekurangan sumber kewangan yang besar bagi menyokong usaha penyesuaian dan mitigasi serta data diperlukan untuk tindakan iklim.”

ESCAP dalam satu kenyataan memaklumkan sejak 60 tahun lalu, suhu di Asia serta Pasifik meningkat lebih cepat berbanding purata suhu global.

“Enam daripada 10 negara paling terjejas teruk akibat bencana, berada di rantau ini, di mana sistem makanan terganggu, ekonomi terjejas serta masyarakat terkesan.”

Laporan itu turut menggariskan bahawa rantau ini mengalami kesan terburuk akibat perubahan iklim.

Menurut laporan tu, Asia dan Pasifik menjadi penyumbang utama dalam pelepasan gas rumah hijau dunia kira-kira lebih separuh dari jumlah keseluruhannya.

“Keadaan ini semakin buruk apabila populasi bertambah dan ekonomi terus menggunakan bahan api fosil,” menurut kenyataan itu.

Tanpa tindakan tegas, pemanasan global akan kekal menjadi pemacu utama kemiskinan dan ketidaksamaan di rantau ini seterusnya menjejaskan seluruh benua serta negara membangun di kepulauan kecil Pasifik, menurut ESCAP.

Justeru, kajian ESCAP menetapkan transformasi diperlukan meliputi tiga sektor utama iaitu tenaga, mobiliti dan logistik rendah karbon, serta perdagangan dan pelaburan antarabangsa, bagi mencapai sifar karbon.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: