Tempatan

Mufti Perlis Dibidas, Tegur Senarai Pakar KPKT

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 April 2023 – Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Chiong Yoke Kong dilihat menempelak Mufti Perlis Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin dalam isu pelantikan 28 pakar sebagai Ahli Panel Berkepakaran (Panel of Expert, POE) kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Mufti Perlis Dr Asri dinasihatkan supaya tidak memainkan isu agama dan perkauman dalam menabur fitnah kepada Ahli Panel Berkepakaran KPKT dengan tujuan menghasut rakyat sehingga boleh mencetuskan ketidakselesaan masyarakat berbilang kaum.”

BACA JUGA: Bufet Ramadan: Dua Hotel Diarah Tutup, 46 Kompaun Diberikan Penguatkuasa Kesihatan

BACA JUGA: Wanita Dakwa ‘Dimarah’ Kerana Cabar Undang-Undang Tukar Agama Unilateral

BACA JUGA: 41 Rangka Manusia Tapak Arkeologi Guar Kepah Akan Dibawa Pulang Ke Malaysia

Dakwa Chiong Yoke Kong, pelantikan tersebut bersesuaian dengan dasar dan prinsip Kerajaan Perpaduan iaitu urus tadbir baik, amanah, integriti, kecekapan dan profesionalisme dari bidang kepakaran masing-masing.

Katanya lagi, kebanyakan ahli POE adalah bekas pegawai kanan kerajaan, bekas bomba, bekas korporat, ahli akademik, pakar undang-undang dan juga pakar perancangan bandar.

Oleh itu, Dr Asri adalah dinasihati supaya memberi tumpuan kepada kepakaran dan kemampuan setiap anggota POE.

“Perlu juga diingatkan kepada Dr Asri bahwa Pengerusi Ganti POE adalah Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman iaitu bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan juga pernah menjawat Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan.. Beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam melebihi 30 tahun dengan mula menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 12 Januari 1988,” kata Setiausaha Politik itu.

“Ahli-ahli POE turut dianggotai Tan Sri Abdul Wahid bin Omar, Tan Sri Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusof, Dr. Suraya binti Ismail, Prof. Madya Ar. Sarly Adre bin Sarkum, Dr Abdul Hadi bin Nawawi yang merupakan tokoh berwibawa dalam kepakaran masing-masing.”

Oleh yang demikian, Chiong Yoke Kong menasihatkan Mufti Perlis agar jangan sewenang-wenangnya membuat hantaran-hantaran di media sosial yang dengan sengaja menimbulkan rasa curiga antara kaum.

“Lebih-lebih lagi isu berkaitan agama. Semua ini ibarat sengaja menjolok sarang tebuan,” katanya.

Sebelum ini, Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri dalam satu hantaran memberi komen dalam isu 28 pakar sebagai Ahli Panel Berkepakaran (Panel of Expert, POE) KPKT.

“Nampaknya masyarakat muslim negara kita ini kekurangan pakar dalam bidang ini. Benarkah begitu?”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: