Syarikat Swasta Halang Solat: Kerajaan Perlu Jamin Hak Pekerja Muslim – PUTRA Gombak
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PARTI BUMIPUTERA PERKASA MALAYSIA (PUTRA)
Timbalan Ketua PUTRA Bahagian Gombak
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan
Isu memo majikan melarang pekerja solat semasa bekerja dan tindakan denda sekiranya ingkar pada Julai 2019 tular di media kembali apabila keluar kenyataan daripada Concerned Lawyers For Justice (CLJ) Lanjutan Separuh Penggal mengenai Kitaran Ketiga Penilaian Berkala Sejagat (UPR) diterbitkan pada Januari 2022.
BACA: Syarikat Swasta Berhak Halang Pekerja Solat Kerana Kelompongan Perlembagaan
BACA: Solat Jumaat Dalam Ribut Salji Di Moscow
BACA: Gantikan Solat Jumaat Dengan Zohor Di Rumah – MUI
“Syarikat swasta tidak boleh didakwa sekiranya pihak majikan membuat keputusan untuk halang pekerja solat” dengan alasan penguatkuasaan hanya kepada Jabatan Awam dan Kerajaan sahaja. Malahan mereka juga beralasan Hak Asasi pekerja dilindungi oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan Hak Kebebasan Beragama.
Berikutan kenyataan Jabatan Tenaga Kerja menetapkan 20 minit bagi solat biasa dan 1 jam 30 minit bagi solat Jumaat hanyalah cadangan dan masih belum dikuatkuasakan untuk syarikat swasta dan milikan individu…memberi ruang kepada segelintir majikan menggunakan perkara tersebut sebagai alasan ianya tidak dikuatkuasakan.
PUTRA Bahagian Gombak menegaskan sekali lagi mengulangi kenyataan Ketua Penerangan PUTRA Gombak pada 29 Januari 2022 kepada kerajaan supaya Akta Kerja 1995 (Akta 265) digubal untuk jaminan pekerja majoriti Muslim dibenarkan solat dan arahan dikeluarkan secara menyeluruh untuk semua syarikat swasta berdaftar serta wujudkan undang-undang dan denda kepada majikan yang ingkar.
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan perlulah diakui dan diangkat oleh seluruh rakyat Malaysia termasuklah oleh kaum yang lain yang mendukung Perlembagaan. Saling hormat menghormati membentuk masyarakat majmuk berbilang kaum yang harmoni tidak menyekat kebebasan beragama. Sekurangnya waktu rehat pekerja ditambah 15 minit semasa makan tengahari dan digantikan 15 minit sewaktu akhir kerja dan setiap hari Jumaat wajib kuat kuasa untuk syarikat swasta dan Jabatan Awam.
Kita semua mampu mendukung Perlembagaan Persekutuan.
Mohamed Shahrin Ismail
Timbalan Ketua PUTRA Bahagian Gombak
Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my