Antarabangsa

Syarikat Perisikan Rejim Haram Israel Disenarai Hitam US

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED STATES, 31 Oktober 2022 – Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) dalam satu laporan telah menyenarai hitamkan syarikat perisian pengintip komersial seperti kumpulan NSO Israel.

Perisian pengintip mereka dikesan telah digunakan di Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin terhadap wartawan, penentang dan aktivis hak asasi manusia, lapor media antarabangsa.

Keputusan itu adalah selepas tindakan syarikat teknologi terkemuka, Apple Inc pada awal bulan lalu mengeluarkan amaran kepada berjuta pengguna Iphone dan Macbook di seluruh dunia mengenai risiko kelemahan keselamatan yang menyebabkan pelanggan terdedah kepada ancaman siber.

Apple mendedahkan beberapa kelemahan keselamatan yang serius untuk iPhone, iPad dan Mac yang berpotensi membenarkan penyerang mengawal sepenuhnya peranti.

Oleh itu, syarikat teknologi gergasi tersebut menggesa kesemua pengguna Iphone untuk mengemaskini sistem pengendalian Iphone mereka kepada (iOS 16.1) dengan kadar segera bagi mengekalkan keselamatan gajet para pengguna.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: