Tempatan

Syarikat e-Dagang Potong Komisen Penghantar

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Februari 2022 – Pengguna Twitter dihangatkan dengan berita pengurangan komisen kepada penghantar barang oleh sebuah syarikat e-Dagang terkenal di Malaysia.

Perkara ini disuarakan oleh seorang pengguna Twitter, Naz, yang turut terkesan dengan pengurangan komisen ini berikutan bakal suaminya merupakan salah seorang penghantar di syarikat e-Dagang tersebut.

“Bermula dari 21 Mac, Sh*pee akan mengurangkan komisen rider penghantaran mereka daripada RM1.50-RM3.00 kepada RM0.50-RM1.50 setiap bungkusan.”

“Ramai penunggang dan pemandu sedang bergelut sekarang. Terutama yang berkeluarga untuk diberi makan.”

Keresahan Naz ini mendapat 11,800 ribu retweet dan 13,200 ribu likes dari pengguna lain yang majoritinya bersetuju dan bersimpati dengan apa yang akan terjadi dengan nasib penghantar barang kelak.

Menurut Naz, “Mungkin ada di antara anda yang berpendapat, 50 sen hingga RM1 sebungkus sudah memadai sebagai komisen mereka. Hakikatnya, ia tidak memadai. Kebanyakan penghantar menggunakan kereta, bukannya motorsikal. Dan, penyelenggaraan kereta jauh tingginya berbanding motor.”

Berdasarkan perkongsian dari pengguna lain, syarikat tersebut telah mengeluarkan notis memaklumkan mengenai pengurangan komisen ini melibatkan semua rakan kontraktor dan pemandu/penunggang pihak ketiga di seluruh negara yang membawa lebih daripada 40 bungkusan sehari.

Notis itu juga memaklumkan, pengurangan komisen ini tidak seharusnya menjejaskan tugasan penghantaran dan syif. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan perniagaan syarikat supaya dapat mengekalkan peluang pekerjaan kepada semua.

“Pasangan saya remuk redam malam semalam. Banyak kali dia persoalkan, ‘memang ini je ke nasib orang takda education? diguna-gunakan?’ Hati saya hancur sebab kami dah melalui pelbagai dugaan untuk sampai ke tahap ini. Sekarang, dia perlu bermula semula dan cari pekerjaan lain yang berbaloi,” kata Naz lagi

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: