Antarabangsa

Susu Pondan Sebagus Susu Ibu – NHS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 19 FEBRUARI 2024 – Sebuah badan amanah kesihatan, University of Sussex Hospitals NHS Trust (USHT) telah membuat dakwaan bahawa susu yang dikeluarkan menerusi payudara orang pondan adalah sama bagus dengan susu ibu yang diberikan kepada bayi.

Kenyataan tersebut telah dibuat menerusi sepucuk surat yang diedarkan kepada umum dalam sebuah laporan yang diterbitkan oleh sebuah badan pemikir British, Policy Exchange pada Ahad lalu.

Pengarah perubatan kesihatan badan tersebut, Rachel James sebelum ini telah berhujah bahawa ubatan preskripsi yang diberikan secara terbuka yang digunakan oleh golongan pondan dalam membolehkan mereka mempunyai susu badan itu adalah “sama dengan hormon alami yang menggalakkan penghasilan susu sewaktu bayi baru dilahirkan”. Ujarnya,

“Penemuan yang ada menunjukkan bahawa susu (buatan) itu adalah setara dengan susu yang dihasilkan sewaktu kelahiran bayi”.

Lelaki yang ingin mengeluarkan susu badan mesti mengambil hormon dalam membina kelenjar susu dan seterusnya perlu mengambil sama ada domperidone atau metoclopramide dalam dos yang tinggi bagi merangsang penghasilan susu.

Namun kedua-dua dadah tersebut bukanlah diluluskan untuk tujuan tersebut, lazimnya ianya diberikan kepada wanita sebenar yang mempunyai masalah dalam penghasilan susu badan.

Walaupun pengeluar domperidone, Janssen telah memberi amaran tentang potensi kesan sampingan dadah tersebut yang “berkemungkinan memberi kesan terhadap jantung bayi yang disusukan” dan “hanya sepatutnya digunakan apabila doktor merasakan bahawa ianya benar-benar perlu”, namun USHT menerusi kenyataan pada Ahad lalu sekali lagi mengulang dakwaan bahawa susu badan yang dihasilkan oleh pondan menerusi bantuan perubatan itu sama bagus dengan susu ibu. Ujar mereka,

“Kami kekal teguh dengan fakta-fakta bagi surat tersebut serta bukti-bukti yang menyokongnya”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: