Tempatan

Suspek Gunting Jalur Gemilang Ditangkap

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2022 – Pelaku yang dicari kerana menggunting dan merosakkan jalur gemilang dalam video tular berjaya ditangkap.

Perkara ini disahkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam laman Facebooknya sebentar tadi.

“Min nak update yang pelakunya telah dikenal pasti dan ditahan seterusnya telah diserahkan ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.”

Terdahulu, media melaporkan bahawa pihak polis sedang memburu seorang lelaki yang tular dalam sebuah video di laman sosial TikTok memaparkan, suspek menggunting bendera kebanggaan Malaysia, Jalur Gemilang yang dikibarkan di sekitar perkarangan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) malam tadi.

“Harap perkara seumpama ini tidak berlaku lagi, dalam usaha DBKL menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini,” kata DBKL.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: