Antarabangsa

Presiden Bolivia Minta Pope Francis Serah Rekod Paderi Pedofilia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BOLIVIA, 25 Mei 2023 – Presiden Bolivia telah meminta agar Pope Francis menyerahkan fail-fail yang mengandungi rekod berkenaan gangguan seksual yang dilakukan oleh para paderi Katolik di negara-negara di Amerika Selatan.

Permintaan tersebut dibuat oleh Presiden Luis Arce setelah terbongkarnya maklumat berkenaan tuduhan eksploitasi kanak-kanak dalam skala yang besar.

BACA JUGA: Kalimah Allah: Mustahil Peguam Negara Tarik Balik Rayuan Yang Dibuat Sebelumnya – Mantan Menteri Undang-Undang

BACA JUGA: Anjur Pesta Seks, Jabatan Agama Islam Johor Diarah Ambil Tindakan Segera

BACA JUGA: Cuaca Ekstrem Renggut 2 Juta Nyawa

Siri penyiasatan berkenaan hal tersebut sedang berjalan setelah beberapa pengakuan telah ditemui di sebuah diari kepunyaan seorang paderi Jesuit Sepanyol yang telah meninggal dunia, Alfonso Pedrajas.

Pada diari tersebut, paderi itu telah membuat pengakuan bahawa beliau telahpun membuat gangguan seksual terhadap kira-kira 12 orang kanak-kanak di Bolivia.

Maklumat yang terbongkar menerusi kandungan diari tersebut, yang mana ianya telah diterbitkan oleh akhbar El Pais di Sepanyol bulan lalu telah menyebabkan pihak pendakwa raya membuka sekurang-kurangnya lapan kes pendakwaan jenayah terhadap para paderi.

Selain Pedrajas, terdapat tiga orang lagi paderi yang telah disabitkan dengan dakwaan jenayah berkait pedofilia yang mana ketiga-ketiganya adalah daripada Sepanyol iaitu Luis Maria Roma, Alejandro Mestre dan Antonio Gausset.

Keempat-empat mereka telahpun meninggal dunia namun terdapat beberapa individu lain yang masih hidup yang turut didakwa atas perkara yang sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: