Tempatan

Surat Layang Maki Masjid: Dua Individu Dipanggil Polis

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

JEMPOL, 22 April 2021 – Polis telah memanggil dua individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes surat layang yang dihantar ke Masjid Jamek Bahau semalam susulan laporan polis yang dibuat oleh jawatankuasa masjid itu.

Isi kandungan surat layang itu yang tular di media sosial antaranya mengecam bunyi kuat dari Masjid Jamek Bahau dan memaki hamun orang Melayu.

“Kandungan surat itu mendakwa keadaan bunyi kuat dari masjid dan menjadi tempat ramai orang berkumpul sehingga boleh menyebabkan penularan COVID-19 selain memaki hamun orang Melayu,” kata Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook.

“Kandungan surat itu juga mengaitkan seorang pemilik restoran di Bahau, namun pihak berkenaan menafikannya selain turut membuat laporan polis.”

Kertas siasatan akan dibuka di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan/233 Akta Komunikasi Multimedia/298 Kanun Keseksaan.

Dalam masa yang sama, Superintendan Hoo Chang Hook menasihatkan masyarakat awam supaya tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh mengganggu ketenteraman awam apatah lagi mengambil tindakan yang menyalahi undang- undang.

Leave a Reply

Back to top button