Tempatan

Ribut Petir Bakal Langgar Seluruh Pantai Timur Pada Hari Penamaan Calon

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 02 November 2022 – ‘Ramalan Cuaca Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Ke-15 Pada 5 November 2022’ menjangkakan seluruh Pantai Timur akan dilanggar ribut petir.

Ketiga-tiga negeri iaitu Kelantan dengan 14 Parlimen, Terengganu dengan lapan Parlimen dan Pahang juga mempunyai 14 Parlimen, kesemua diramalkan dilanda ribut petir pada sebelah petang.

Lebih merisaukan, ramalan cuaca pada hari tersebut pada sebelah pagi juga tidak begitu baik kerana di Terengganu dijangka hujan dan mendung.

Manakala, Pahang dan Kelantan juga diramalkan mendung dan hujan di sebelah pagi di beberapa Parlimen.

Terkini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan ‘Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora’.

Menurut laporan, amaran kategori pertama, 40-50 Kmsj dengan ketinggian ombak 2.5-3.5 m di Timur Laut Condore, Utara Reef North dan Barat Palawan dijangka berlaku pada hari ini.

Semalam, samudera.my melaporkan ‘Ramalan Cuaca Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Ke – 15 Pada 5 November 2022 Bagi Zon Tengah’.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: