Pendapat

Apakah Perjuangkan Perlembagaan Dalam Bahasa Melayu Akan Dianggap Rasis? – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Tidak ramai yang tahu hakikat bahawa teks sahih Perlembagaan Persekutuan masih Bahasa Inggeris dan bukannya Bahasa Melayu.

Namun, fakta ini tidaklah asing bagi mereka yang berkelulusan undang-undang apatahlagi para penggubal undang-undang.

Ianya sangat menyedihkan kerana ahli-Ahli Parlimen kita terlalu ramai merupakan graduan undang-undang dan malah Ahli Parlimen itu sendiri adalah penggubal undang-undang.

Sebenarnya, saya difahamkan sudah lama peguam-peguam terutamanya sahabat-sahabat dalam Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia menyuarakan dan memperjuangkan isu ini tetapi dipandang sepi sahaja.

Sudah lebih 60 tahun Perlembagaan Persekutuan wujud, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen apatah lagi Menteri Undang-Undang ataupun Perdana Menteri yang cuba mengusulkan perkara ini.

Alangkah baiknya juga agenda ini diangkat oleh parti-parti yang sering melaungkan bahawa mereka memperjuangkan bahasa dan identiti kebangsaan. Saya cabar mana-mana gabungan parti memasukkannya dalam manifesto mereka pada PRU-15 nanti.

Ataupun apakah memperjuangkan Perlembagaan Persekutuan dalam Bahasa Kebangsaan ini akan dilabel sebagai rasis, ekstrimis dan menafikan hak agama lain sebagaimana ianya sudah menjadi ‘template‘ untuk semua isu?

Saya mengajak agar lebih ramai menyuarakan isu ini dengan harapan ‘penggubal undang-undang’ kita akan ambil serius akan isu ini dan kita mahu lihat siapa pula yang akan melatah, meroyan tak tentu pasal.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA

Rujukan: https://www.samudera.my/memalukan-64-tahun-merdeka-teks-sahih-perlembagaan-masih-dalam-bahasa-inggeris-datuk-zainul-rijal/

*Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: