Sungai Dicemari Air Larut Resap, Punca Kematian Ikan
KANGAR, 16 Julai 2023 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis mengesahkan pencemaran di hulu Sungai Kubang Tiga berpunca dari pelepasan air larut resap (leachate) dari Tapak Pelupusan Sanitari Rimba Emas.
Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri, Megat Hashirat Hassan berkata, pemeriksaan mendapati leachate yang dikumpulkan di kolam pemantauan telah melimpah dan mengalir masuk ke Sungai Jernih.
BACA JUGA: Kempen ‘Cina Sahaja’ Ketua Menteri Pulau Pinang, Lapor Portal
BACA JUGA: Jenayah Tetap Jenayah, Mahkamah Tinggi Telah Ambil Keputusan, Tolong Hormat – Dato’ Fakrunizam
BACA JUGA: Gelombang Haba Melampau Melanda AS, Eropah Dan China
“Siasatan mengesan pintasan air larut resap daripada elevated water tank ke kolam tadahan air hujan melalui satu saluran paip dan berikutan itu operator tapak pelupusan sanitari diarah menghentikan lencongan leachate serta-merta bagi mengelak pelepasan daripada kolam tadahan,” katanya.
Katanya, JAS turut mengarahkan operator membaiki dan mengukuhkan tebing kolam dan tapak pelupusan bagi memastikan tiada lagi limpahan atau kebocoran.
Selain itu, operator tapak juga diarah membersihkan hutan dan belukar berhampiran kolam pemantauan serta kolam tadahan bagi mengelak kejadian itu berulang.
“Malah jika laporan analisis sampel leachate tidak mematuhi standard pelepasan ditetapkan, tindakan lanjut akan dilaksanakan,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan air berwarna hitam dan terdapat ikan yang mati terapung dikesan di kawasan hulu Sungai Kubang Tiga yang didakwa tercemar sejak akhir tahun lalu dan terus berlarutan sehingga mengundang kebimbangan penduduk sekitar.
Ia memberi kesan kepada petani di mana ada antara mereka mengalami kerugian sehingga RM30,000 akibat tanaman rosak selepas menggunakan sumber air dari sungai itu