Tempatan

Sumbangan One Off RM250 Kepada Penyelia & Petugas PPDK

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 24 Februari 2022 – “Sumbangan ‘one-off’ sebanyak RM250 diberikan kepada 300 penyelia dan petugas PPDK seluruh Pahang dengan kos sebanyak RM75,000.”

Kenyataan itu dikeluarkan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Dato’ Sri Ishak Muhammad ketika membaca teks ucapan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dalam Majlis Perasmian Pahang Memperkasa OKU dan Pelancaran Pahang Pride OKU yang berlangsung baru-baru ini.

Kerajaan negeri Pahang dilaporkan akan membelanjakan sebanyak RM520,000 untuk membeli peralatan pemulihan kepada 52 Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di negeri tersebut dengan tujuan ia dapat meningkatkan lagi potensi pemulihan golongan orang kelainan upaya (OKU) dan mengelakkan kecacatan menjadi lebih teruk.

“Ia bagi mengiktiraf komitmen penyelia dan petugas PPDK serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada OKU,” jelas beliau lagi.

Menurut Dato’ Sri Ishak Muhammad, program Pahang Memperkasa OKU dan Pahang Pride OKU diwujudkan agar dapat membantu dan memperkasakan lagi golongan berkenaan supaya mendapat peluang serta perhatian sebagaimana anggota masyarakat yang lain.

“Golongan OKU sentiasa mendapat perhatian istimewa daripada kerajaan negeri sejak sekian lama. Golongan ini adalah golongan yang wajib dibantu dan diberi perhatian khas agar mereka tidak merasa terabai atau dipinggirkan,” tambah beliau lagi.

Dengan itu, beliau memaklumkan bahawa hasrat kerajaan negeri adalah bagi memastikan kebajikan dan kesihatan golongan OKU di Pahang sentiasa terbela.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: