Tempatan

Tahi Judi Piala Dunia: Hutang Keliling Pinggang, Hubungan Keluarga Tergadai

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 06 Disember 2022 – Keghairahan tahi judi untuk bertaruh dalam judi Piala Dunia bukan sahaja mengakibatkan mereka menanggung hutang keliling pinggang, malah hubungan kekeluargaan turut menjadi renggang susulan tindakan mereka itu.

Hal ini kerana, tahi judi ini sanggup menanggung risiko dengan meminjam wang dari rakan, ah long mahupun keluarga sendiri demi untuk memenuhi keseronokan daripada aktiviti berjudi ini.

“Saya terjebak apabila kawan-kawan mengajak berjudi untuk suka-suka, tetapi bila saya menang dalam pertaruhan pasukan mana menang, saya jadi seronok sebab dapat pulangan agak baik mengikut pertaruhan yang kita buat,”

“Bila kalah, saya terpaksa membayar dua kali ganda daripada taruhan dan mula gelisah sebab duit tak cukup. Saya terpaksa pinjam daripada isteri dan minta kawan masukkan duit untuk saya langsaikan hutang-hutang bookie,” kata seorang kaki judi yang dikenali sebagai Lim.

Kata lelaki itu, sejak isteri dan anaknya mengetahui bahawa dia meminjam duit untuk membayar hutang judi, hubungan mereka mula menjadi renggang.

Dalam perkembangan lain, seorang lelaki kini dihimpit hutang kepada ah long hampir RM600,000 akibat daripada ketagihan judi Piala Dunia 2022 ini.

Walau bagaimanapun, November lalu, pihak polis Johor telah menahan sepuluh lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian bola sepak ini menerusi Op Soga IX.

Memetik kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), judi merupakan satu perkara yang diharamkan dan berdosa besar di sisi Islam. Ia akan mendatangkan kesan yang memudaratkan seperti lalai daripada tanggungjawab yang dipikul, mudah terjebak dengan perlakuan jenayah dan meruntuhkan institusi kekeluargaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: