Antarabangsa

100,000 Al-Quran Terjemahan Bakal Diedarkan Di Sweden Sumbangan Kuwait

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUWAIT, 12 Julai 2023 – Kerajaan Kuwait bakal mengedarkan 100,000 naskhah al-Quran terjemahan di Sweden sebagai tindak balas insiden provokatif pembakaran al-Quran baru-baru ini.

Lapor portal antarabangsa, inisiatif yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Sheikh Ahmad Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah itu datang dalam rangka menegaskan toleransi agama Islam dan menyebarkan nilai Islam serta kewujudan bersama di kalangan semua manusia.

Menurutnya, naskhah terjemahan Swedish itu dijangka siap tidak lama lagi dan akan diedarkan ke masjid, perpustakaan, sekolah dan institusi lain di seluruh Sweden.

BACA JUGA: Tular Video Ayam Dalam Kandang Babi, Netizen Tuntut Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

BACA JUGA: Ribut Petir Bakal Rempuh Sabah Sarawak 3 Hari Berturut-Turut

BACA JUGA: Menteri Jamin Harga Barangan Stabil Sepanjang Tahun, Dakwaan Naik Sebab PRN

Dalam pada itu, kerja penterjemahan naskhah al-Quran telah dilaksanakan oleh almarhum Knut Bernstrom, seorang penterjemah terkenal di Sweden yang telah memeluk Islam.

Mengulas lanjut, Kuwait merupakan antara negara majoriti Islam yang mengutuk insiden pembakaran al-Quran.

Tegas Kementerian Luar Negeri, “Langkah provokatif serius ini menyinggung perasaan umat Islam seluruh dunia.”

“Negara Kuwait mengingatkan masyarakat antarabangsa dan semua negara berkenaan tentang tanggungjawab mereka menentang kebencian dan ekstremisme agama dan menghentikan tindakan bermusuhan yang menyasarkan kesucian umat Islam.”

Tambahnya, pelaku perbuatan itu harus dibawa ke muka pengadilan dan dihalang daripada menggunakan prinsip kebebasan sebagai muslihat untuk mewajarkan permusuhan terhadap Islam atau mana-mana agama suci.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: