Sultan Selangor Titah Tukar Kapal TLDM Yang Berusia
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SHAH ALAM, 11 Januari 2023 – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan baginda terhadap aset keselamatan negara khususnya kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berusia dan perlu ditukar.
Kebimbangan itu dizahirkan baginda ketika pertemuan dengan Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Mohd Reza Mohd Sany, lapor Selangor Royal Office.
Baginda selaku Kapten Yang Dipertua TLDM bertitah, aset-aset keselamatan yang telah berusia perlu ditukar demi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara dan dalam keadaan siap siaga.
BACA JUGA: Kapal Malaysia Hilang Sejak 10 Hari, Lepas Masuk Perairan Indonesia
BACA JUGA: Teks BM Perlembagaan Sudah Sah & Teratur Sejak 20 Tahun Lalu – Haniff Khatri
BACA JUGA: Pengguna Punca Harga Makanan Tinggi, FOMCA Mohon Menteri Dengarkan Rakyat
Khamis lepas, Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Mohd Reza sempena persaraan beliau di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam.
Beliau dilantik sebagai PTL pada 30 November 2018 dan akan menyerahkan tugas kepada penggantinya pada 23 Januari ini.
Beliau turut merafak sembah memperkenalkan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Abdul Rahman Ayob yang bakal menggantikan beliau sebagai Panglima Tentera Laut ke-18.