PRU-15

Rakyat Sabah Sarawak, Beritahu Kepada Parti Anda Mahu Kerajaan Persekutuan Berbilang Kaum – Hannah Yeoh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 21 November 2022 – Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dilihat cuba mengajar rakyat Sabah dan Sarawak cara untuk memilih Kerajaan.

“Rakyat Sabah dan Sarawak, beritahu parti politik yang mewakili kepentingan anda – bahawa anda mahukan Kerajaan Persekutuan yang berbilang kaum di Putrajaya dan bukan yang mempermainkan ketegangan kaum dan agama di kalangan rakyat Malaysia,” ujar Hannah dalam Twitternya.

Namun, kenyataan ini dibidas oleh warganet di mana majoritinya menegaskan bahawa MP Segambut itu tidak berhak bersuara dalam perkara ini.

“Saya tidak fikir anda mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak Sarawak dan Sabah. Mereka memilih wakil mereka, jadi mereka wakilkan orang Sarawak,” kata seorang pengguna Twitter.

Seorang lagi pengguna media sosial juga turut menyuarakan pendapat sama dengan menyatakan, “Jangan jadi Batu api yb kami di Sabah Sarawak cukup tolerance antara bangsa dan agama.”

“Terpulang kepada mereka. Mereka membuat keputusan untuk kebaikan mereka sendiri dan kita perlu menghormati keputusan mereka. Jangan main kad perkauman, tetapi penyatuan rakyat Malaysia demi menjaga keharmonian dan perpaduan negara. Jangan maroh ye,” kata seorang lagi pengguna Twitter yang lain.

Media melaporkan, Kerajaan Sabah dan Sarawak sepakat untuk membentuk Blok Borneo dan menyokong Kerajaan baharu Persekutuan yang akan dibentuk berikutan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, berkata keputusan itu dicapai menerusi perbincangannya dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Dalam Twit berbeza, Hannah Yeoh menyatakan bahawa Pakatan Harapan sepatutnya diberi pilihan pertama untuk menjadi Kerajaan.

“PH sepatutnya diberi pilihan pertama untuk membentuk kerajaan. Kami mempunyai bilangan kerusi dan undi popular terbanyak,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: