Antarabangsa

Dihalang Masuk Malaysia, Pasukan Squash Israel Ugut Saman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Langkah Kerajaan Malaysia menghalang para pemain squash dari Israel telah menimbulkan kemarahan rakyat Israel lebih-lebih lagi para penyokong Persatuan Squash Israel.

Berang dengan larangan tersebut, Persatuan Squash Israel mengugut untuk menyaman Persekutuan Skuasy Dunia kerana gagal memastikan negara zionist itu dapat menyertai kejuaraan dunia yang bakal berlangsung di Malaysia bulan depan.

Malaysia tidak mempunyai sebarang pertalian diplomatik dengan Israel dan rakyat Israel adalah dilarang daripada memasuki negara ini.

Menteri Sukan dan Kebudayaan Israel, Chili Tropper mengecam Malaysia sebagai sebuah negara yang masih mengamalkan “diskriminasi dalam era moden ini”. Beliau juga mengkritik Malaysia kerana membabitkan sukan dengan “pertimbangan yang bersifat politik”.

“Saya rasa sukar untuk percaya dalam era moden ini, amalan diskriminasi masih lagi mendapat tempat, juga percampuran antara pertimbangan bersifat politik dengan sukan,” tegas menteri zionist itu.

Aviv Bushinsky, Pengerusi Persatuan Squash Israel mendesak agar kejohanan tersebut dibatalkan di Malaysia dan memindahkan acara tersebut ke Israel.

Pada tahun 2019, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa pernah membatalkan kelayakan Malaysia sebagai tempat berlangsung acara sukan pada tahun itu berikutan pendirian Malaysia tidak membenarkan penyertaan para atlet Israel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: