Sujud Terkangkang & Perempuan Imamkan Lelaki Ajaran Buku Teks Dong Zong
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SHAH ALAM, 05 December 2022 – “Kita lihat buku ini, terkejut saya berkaitan solat, dilukis karakter orang yang sedang sujud terkangkang. Selain perempuan boleh mengimamkan solat bersama lelaki,” ujar Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Datuk Abdul Raof Hussin dalam satu laporan mengenai kesilapan penaksiran dalam buku teks Dong Zong.
Beliau dengan tegas menyatakan bahawa, buku teks keluaran Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) mempunyai kesalahan yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada para pelajar.
Selain daripada kesilapan mengenai tatatertib solat, pihaknya juga mendapati penerangan di beberapa bahagian sejarah Malaysia turut dikecilkan.
“Berdasarkan buku teks Dunia 1, semua dalam bahasa Cina tetapi saya dapat laporan daripada pegawai Kementerian Pendidikan, bukan satu kesilapan (dan mereka) menafikan (kandungan) buku sejarah itu (ada kesilapan) namun memang betul (perkara itu).
Jadi, Dong Zong kena semak terlebih dahulu sebelum keluarkan (buku teks) dengan menjemput pakar seperti mana buku teks sekolah,” katanya.
Sisi pandang Datuk Raof dapati bahawa, kaedah Dong Zong ini dilihat seolah-olah sengaja menghasilkan buku teks berkenaan untuk menimbulkan perasaan tidak membina atau mewujudkan negara berbangsa.
“Buku teks bukan untuk diiktiraf hasilnya tetapi nilai. Buku teks dari Kementerian Pendidikan nilai sejajar dengan kokurikulum yang membina negara bangsa.
Jadi apabila kita beri dan mengajar (buku teks itu kepada) pelajar majoriti Cina akan membuat mereka terpengaruh (jika ada unsur negatif),” jelas beliau yang pernah menjadi seorang guru dengan pengalaman selama 13 tahun.