Antarabangsa

Suhu Panas Ekstrem Eropah Akibatkan Hampir 15,000 Terkorban

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

COPENHAGEN, 08 November 2022 – Sekurang-kurangnya 15,000 orang terkorban susulan suhu panas ekstrem yang melanda Eropah, kata Pengarah Serantau WHO Eropah, Hans Kluge.

Jelasnya, punca utama kematian yang berlaku di wilayah Eropah adalah disebabkan tekanan haba yang terjadi apabila tubuh tidak dapat menyejukkan diri.

Menurut beliau, Sepanyol merekodkan jumlah maut seramai 4,000 orang manakala 4,500 orang terkorban di Jerman sekali gus meletakkan dua negara ini sebagai paling teruk terjejas disebabkan suku ekstrem yang melanda.

“Hampir 4,000 kematian di Sepanyol, lebih 1,000 di Portugal, lebih 3,200 di United Kingdom dan sekitar 4,500 kematian di Jerman dilaporkan oleh pihak berkuasa kesihatan sepanjang tiga bulan musim panas” jelasnya.

“Anggaran ini dijangka meningkat apabila lebih banyak negara melaporkan lebihan kematian akibat panas,” ujar beliau sambil menekankan Sidang Kemuncak Iklim PBB di Mesir diikuti gesaan untuk tindakan pantas.

Tambahnya, suhu yang panas turut memberi risiko kepada individu yang menghidap penyakit jantung kronik serta mereka yang mempunyai masalah pernafasan dan diabetes.

Sebelum ini, London dilanda cuaca panas melampau apabila kawasan perumahan dan bangunan-bangunan yang terletak di sekitar London musnah dimakan api.

September lalu, kebakaran di hutan California susulan daripada badai gelombang haba merekodkan suhu mencecah 43 darjah Celcius hingga mengakibatkan dua orang mangsa maut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: