Tempatan

Kilang Peluru Tercanggih Bakal Dibina Di Kuala Pilah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEREMBAN, 14 April 2023 – Sebuah kilang peluru paling canggih di Malaysia bakal dibina di Senaling, Kuala Pilah oleh syarikat Myaltech Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Negeri Sembilan, dengan anggaran nilai pelaburan permulaan berjumlah RM80 juta.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, pembinaan akan dimulakan serta merta sejurus mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

BACA JUGA: Lelaki Dituduh Tendang Pintu Surau Diberkas Polis

BACA JUGA: Kerajaan Janji Bertindak Segera Kekang Isu Kekurangan Bekalan Raya Ini

BACA JUGA: KDN Bakal Senarai Hitam Syarikat Edar Al-Quran Tanpa Kelulusan

“Buat masa kini, prosesnya masih berjalan yang mana saya sendiri berhubung dengan menteri supaya dipercepatkan dan didapati ia positif. Apabila diluluskan kelak, pembinaan akan bermula serta-merta,” maklumnya.

Rafie berkata, pembinaan kilang yang dijangka bermula pada tahun ini bakal dibina di tanah seluas 80.93 hektar dengan mendapatkan kepakaran daripada syarikat pengeluar peluru terkenal dari Switzerland.

“Kilang ini akan menghasilkan peluru saiz kecil berkaliber. Proses penghasilannya dari awal hingga akhir akan dilakukan di kilang ini,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pembangunan kilang berkenaan akan membuka sekurang-kurangnya 200 peluang pekerjaan mahir kepada penduduk tempatan sekali gus menggalakkan pertumbuhan ekonomi sekitarnya.

“Dengan kewujudan kilang peluru ini, ia akan mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan senjata api import. Pengeluar akan mendapatkan kepakaran daripada syarikat berpengalaman.”

Beliau turut mengingatkan bahawa keselamatan penduduk di Kuala Pilah khas di Senaling tidak akan terjejas kerana semestinya Kerajaan akan mengambil perhatian serius mengenai aspek keselamatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: