Antarabangsa

Amerika Godam Kajian Angkasa Universiti China?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEIJING, 06 September 2022 – China menuduh Washington menceroboh komputer di sebuah universiti untuk mengambil maklumat mengenai pengurusan rangkaian universiti dan ‘teknologi teras’ lain.

Dalam pengumuman yang dibuat pada Isnin lalu, China mendedahkan pihaknya menemui 41 alat ‘serangan rangkaian’ yang dikatakan dikesan kepada Agensi Keselamatan Negara (NSA) yang merupakan sebahagian daripada Jabatan Pertahanan, bertanggungjawab untuk ‘perisikan isyarat’, atau mendapatkan komunikasi dan data lain.

Jelasnya, Pusat Tindak Balas Kecemasan Virus Komputer Kebangsaan China telah bekerjasama dengan penyedia keselamatan komersial, Qihoo 360 Technology Co. untuk mengesan serangan NSA Amerika Syarikat (AS) tetapi tidak menyatakan bagaimana ia dilakukan.

Jurucakap Kementerian Luar, Mao Ning mengutuk perbuatan AS dan menyifatkannya sebagai sebuah ancaman terhadap keselamatan negara China.

“Amerika Syarikat harus segera berhenti menggunakan kelebihannya untuk mencuri rahsia dan menyerang negara lain.”

Walau bagaimanapun, kedutaan Amerika di Beijing masih tidak memberi kenyataan berhubung insiden itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: