Tempatan

SUHAKAM Berhentilah Promosi Benarkan Kesalahan-Kesalahan – Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab. Aziz

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 9 April 2021 – “There is no way to legalize it. Saya harap SUHAKAM pun berhentilah untuk mempromoting for legalizing kerana ia akan mengembangkan kesalahan-kesalahan yang lebih besar yang mengancam kepada keselamatan negara juga dan mengancam kepada kedudukan nama baik Malaysia”.

Tegas Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab. Aziz dalam kenyataannya agar Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berhenti menghalalkan pelacuran dalam negara.

Kata Penyandang Kursi, Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM itu lagi, perbahasan berkaitan menghalalkan atau menyahkriminalisasi pelacuran tidak pernah dipersoalkan dalam negara.

“Pada saya perbahasan tentang legalization or decriminalization of law relating prostitution ini adalah perbahasan di luar sana. Ia tidak pernah dipersoalkan di negara kita. Cuma, saya jumpa beberapa tulisan akademik yang mendorong ke arah legalizing, ke arah membolehkan ataupun tidak menjenayahkan prostitution ini.”

“Tapi kalau saya katakan prostitution ini sebenarnya ia amat berkaitan dengan jenayah-jenayah besar yang lain seperti trafficking in person, seperti berkaitan dengan syndicated crime, jenayah-jenayah bersindiket ini. Dia ada network seluruh dunia. Ia akan menjadikan negara ini sebagai satu negara yang mencabuli hak manusia apabila seseorang wanita itu dilacurkan,” kata beliau lagi dalam program TV Alhijrah bertajuk “Analisis: Wujudkah Hak Asasi Pekerja Seks”.

Sependapat dengan Prof Datuk Dr Shamrahayu adalah Presiden Wafiq, Prof Madya Dr Rafidah Hanim binti Mokhtar yang juga merupakan salah seorang panelis jemputan malam itu.

Kata Prof Madya Dr Rafidah, “Saya melihat bagaimana terma pekerja seks mengganti perkataan pelacuran adalah langkah pertama normalisasi ke atas satu industri yang tidak sah dan bertentangan dengan agama dan juga mempunyai impak yang sangat berat terhadap masyarakat kita”.

Menurut Prof Madya Dr Rafidah lagi, perkara ini sama jalan-jalannya ke arah menormalisasikan LGBT. Ia bermula dengan satu naratif bahawa pelacur dilihat dari satu sudut sahaja iaitu sebagai mangsa.

“Sebahagian besar daripada kita yang tidak memilih pelacuran kerana kita disedarkan tentang nilai-nilai budaya dan agama kita. Solusi-solusi ini sedang berjalan daripada pendidikan anak-anak lagi sampai ke peringkat lebih tinggi.”

Justeru, kata  Prof Madya Dr Rafidah, jangan idea-idea yang bersifat ancaman ini meracuni pemikiran anak-anak kita melalui perubahan bahasa dan sebagainya.

“Kita tidak mahu nilai “sex work is work” masuk dalam masyarakat.”

Dari sudut kesihatan, pelacuran adalah salah satu dari kategori yang dipantau dengan teliti.

“Sebenarnya, hak asasi mendefinisikan secara salah. Menghalalkan hubungan di luar daripada rangka perkahwinan kerana mahu memelihara satu kegiatan disebut sebagai “industri” yang kita tidak mahu perkara tersebut menjadi satu nilai di negara kita dan akhirnya implikasi terhadap masyarakat dan anak-anak tersangat banyak,” kata  Prof Madya Dr Rafidah.

Program TV Alhijrah, “Analisis: Wujudkah Hak Asasi Pekerja Seks” yang disiarkan secara langsung pada 7 April 2021 di Facebook dan website TV Alhijrah dihoskan oleh Puan Syafinaz Yunus membariskan panel jemputan seperti Pengerusi PEMBELA, Tn Hj Aminudin dan Pesuruhjaya SUHAKAM, Dato’ Dr Madeline Berma, Penyandang Kursi, Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM, Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab. Aziz dan Presiden WAFIQ, Prof Madya Dr Rafidah Hanim binti Mokhtar.

 

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button