Antarabangsa

Kegagalan AS Tepati Janji Hutang Bakal Bawa Musibah Ekonomi – Setiausaha Kewangan AS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 30 April 2023 – Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen telah memberi amaran bahawa kegagalan Kongres untuk menaikkan siling hutang kerajaan akan mencetuskan malapetaka ekonomi yang akan menyebabkan kadar faedah lebih tinggi untuk tahun-tahun akan datang.

Yellen, dalam ucapan pada Selasa bersama dengan eksekutif perniagaan dari California berkata, kegagalan menguruskan hutang AS ini akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan, sambil mendorong pembayaran isi rumah untuk gadai janji pinjaman kereta dan kad kredit.

BACA JUGA: TH Umum Agihan Keuntungan 2022 Sebanyak 3.10%

BACA JUGA: Kumpulan Pertama Jemaah Haji Bakal Terbang 21 Mei Ini

BACA JUGA: Wabak Batuk Kokol Rekod Satu Kematian Di Sabah

Beliau berkata, ini adalah tanggungjawab asas Kongres untuk meningkatkan atau menggantung had pinjaman, jika tidak dilaksanakan, berkemungkinan kemajuan ekonomi yang telah dicapai oleh Amerika Syarikat sejak pandemik COVID-19 akan terancam.

Jika siling hutang tidak dinaikkan, perniagaan AS akan menghadapi kemerosotan pasaran kredit, dan kerajaan mungkin tidak akan dapat mengeluarkan bayaran kepada keluarga tentera dan warga emas yang bergantung pada Keselamatan Sosial, katanya.

Yellen memaklumkan kepada penggubal undang-undang pada bulan Januari yang lalu, ketika ini kerajaan hanya mampu membayar bilnya hanya sehingga awal Jun tanpa meningkatkan had, ini kerana kerajaan membelanjakan lebih daripada yang diperlukan.

Rumah Putih menegaskan kedua-dua isu itu tidak sepatutnya dikaitkan, dan Senat yang dikawal oleh Demokrat berkemungkinan menolak cadangan itu.

Pasaran kewangan kini semakin bimbang dengan situasi ekonomi AS, apatah lagi apabila penganalisis kewangan turut memberi amaran tentang peningkatan risiko untuk pembayaran balik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: