Tempatan

SUHAKAM Bakal Jadi Punca Keruntuhan Tamadun Manusia – Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 13 Disember 2021 – “SUHAKAM bukan lagi merupakan tunggak memperjuangkan hak asasi manusia selaras dengan kedaulatan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Syariah, Undang-undang Sivil serta kehendak Rukunegara.”

“SUHAKAM sebaliknya bakal menjadi punya keruntuhan moral dan tamadun manusia jika berterusan memperjuangkan agenda songsang dari pengaruh Barat,” tegas Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (MAMA) Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein.

Menurutnya, semakin hari, umum melihat SUHAKAM telah berubah menjadi sebuah suruhanjaya yang hanya memperjuangkan kepentingan dan suara tertentu sahaja terutamanya hal-hal yang bertentangan dengan agama Islam.

Jika melihat daripada sejarahnya, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999.

Secara amnya, SUHAKAM ditubuhkan untuk menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia.

Ditambah lagi, SUHAKAM sendiri telah menggariskan panduan bersama empat fungsi utama yang termaktub dalam Seksyen 4(1) AKTA Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Ia adalah, (i) Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia.

Kemudian, (ii) Untuk menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil.

Selain itu, digariskan juga fungsinya (iii) Untuk mengesyor kepada Kerajaan berkenaan mengenai penandatanganan atau penyerahan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia.

Termasuk juga, (iv) Untuk menyiasat aduan berkenaan pelanggaran hak asasi manusia.

Namun, malangnya, sekarang SUHAKAM sudah tidak lagi bersifat objektif serta tidak lagi bersikap bebas daripada berat sebelah.

Lebih malang lagi, SUHAKAM telah berubah menjadi sebuah suruhanjaya yang hanya memperjuangkan kepentingan dan suara tertentu sahaja tanpa mempedulikan lagi garis panduan dan mengabaikan terus matlamat asal penubuhannya.

Di samping itu, persoalan yang masih berlegar sekarang ialah kenapakah pula peranan dan matlamat Hak Asasi Manusia acuan SUHAKAM kini berubah sedangkan ta’arif dan tekad Hak Asasi Manusia sejagat tidak pernah pun berubah?” soal beliau.

Maka, amat wajarlah jika sekarang, kerajaan segera menyemak semula fungsi dan peranan SUHAKAM termasuk menggantikan pesuruhjaya-pesuruhjaya yang dilantik di kalangan mereka yang lebih berwibawa dan jujur,” katanya kepada Wartawan Samudera.my.

Justeru,”Kita mahu SUHAKAM kembali berperanan secara adil, objektif dan relevan demi kepentingan hak asasi dan kebebasan masyarakat kerana penubuhan SUHAKAM sudah semestinya bukanlah untuk menjadi alat agenda tertentu dan kepentingan sebelah pihak sahaja,” ujar beliau.

Leave a Reply

Back to top button