Sugarbook: FB Laju Sekat Komen, SKMM Jenuh Tunggu Kajian – Prof Madya Dr Rafidah Hanim
KUALA LUMPUR – Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar telah disekat oleh komuniti Facebook dari menulis post dan memberi komen dalam Facebooknya sendiri.
Kenyataan ini dikongsi sendiri oleh Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu dalam laman Twitternya hari ini.
“Baru sahaja disekat oleh FB untuk post pertama saya pagi ini tentang artikel kenapa Sugarbook adalah satu kesalahan.”
Menurut Prof Rafidah, sekatan itu dikenakan tidak lama selepas beliau menulis post tentang isu sugar baby dan sugar daddy berdasarkan petikan berita New Straits Times (NST Online)
Post itu berbunyi,
“Seronok ramai yang menyokong tanpa mengira bangsa dan agama, walaupun sesetengah “sugardaddies” memprotesnya Nur Farihah Meor.”
Ciapan Prof Rafidah mengenai sekatan Facebook ini dijawab oleh ramai pengguna Twitter yang juga tidak berpuas hati dengan tindakan komuniti Facebook.
@ufatabasel berkata,
“What “standards” did you apparently broke?”
@MrWellerDeRegaz menambah, “Madam, facebook is the place for anti-speech (only for right wing and truth words). Mark the CEO never like that.”
Menurut @fadliazali pula, Prof Rafidah kini termasuk dalam golongan mereka yang terkena penapisan berat sebelah media.
“Congratulations, you have now been on the receiving end of biased media censorship. Anybody celebrating this is missing the big picture. FB is now controlling ALL narrratives – If it’s unacceptable, you get censored. If you’re celebrating.. Know that they will come for you too.”
Tegas Prof Rafidah yang juga merupakan Pengerusi Bersama Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) itu, apa ada dengan Sugardaddies sehingga dilindungi oleh FB?
@Izham_Hassan menyatakan, “Pathetic move by FB”
Apa yang membuatkan Prof Rafidah semakin tidak berpuas hati adalah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil masa yang lama untuk mengharamkan aplikasi Sugarbook ini.
Pendapat ini disokong oleh @faroukrahim889
“Dr Rafidah, Fb laju je amek tindakan, SKMM jenuh la menunggu kajian bagai”
Sokongan yang sama ditunjukkan @ABAR76999501 menerusi komennya.
“Saya baca kenyataan Pengerusi SKMM. Seluruh dunia tahu pasal pelacuran sugarbook, dia pula dok terkebil2 & teragak2. Dah la sebelum ni twitter SKMM sendiri pun ada kontroversi. Boleh harap ke diorang ni?”