Tempatan

Sudah Tiba Masanya Teks Perlembagaan Menggunakan BM Sebelum Pertembungan Besar Berlaku

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Februari 2023 – Peguam, Lukman Sheriff Alias dalam satu kenyataan menegaskan bahawa kini sudah tiba masanya teks perlembagaan menggunakan Bahasa Melayu sebelum berlakunya pertembungan besar.

Ini kerana teks perlembagaan yang digunakan sekarang, Bahasa Inggeris membawa kepada budaya yang tidak serasi dengan budaya Malaysia dan sekiranya dikaji semula, Artikel 8 telah dipinda secara tidak cermat sekali gus kini membawa kepada implikasi yang sangat besar sehingga ianya boleh dicabar.

BACA JUGA: “Ini Tanah Padayapa kan… Melayu?” – CIJ

BACA JUGA: Perkhidmatan Awam: Ini Soal Gaji, Bukan Peluang & Perkauman – Wan Ahmad Fayhsal

BACA JUGA: Nepotisme Bukan Sekadar Isu Tiada Gaji Atau Elaun – Hanif Khatri

Menjelaskan lebih terperinci, Lukman Sheriff berkata sekiranya Artikel 8 (2) berkenaan diskriminasi jantina dibaca di dalam pindaan BM, sudah tentu tidak menjadi masalah, malah pindaan ini perlu disokong sebulat suara.

Namun, jika Artikel 8 (2) dibaca di dalam BI, ia tidak membawa maksud yang sama, di mana di dalam BI, pindaan menyatakan bahawa “there shall be no discrimination on the ground of gender”.

Seiring dengan zaman berubah, maksud gender juga sudah berubah, iaitu dahulu maksud “gender” adalah “jantina”, kini “gender” dalam BI telah berkembang membawa maksud yang berbeza dari jantina. Dalam kamus-kamus termasyur terkini, “gender” adalah “a state of mind” atau pemikiran bahawa seseorang itu wanita atau lelaki.

“Ia tidak lagi mengikut kehendak fitrah atau biologi. Kalau seorang lelaki berfikiran atau berasa dia adalah wanita maka “gender”nya adalah wanita dan bukan lelaki. Itu maksud “gender” pada masa ini di barat akibat budaya “woke” dan “liberal” yang diamalkan mereka.”

Tambah beliau, keadaannya di Malaysia akan menyebabkan wujudnya ruang supaya perlembagaan tersebut dicabar dan dihujahkan sebagai diskriminasi kerana tidak memperakui hak gender-gender lain seperti yang berlaku di barat pada waktu ini iaitu satu perubahan yang besar untuk mengiktiraf gender-gender lain dan menyamaratakan undang-undang. Maka, akan wujud perkahwinan yang tidak lagi mengikut jantina biologikal atau fitrah.

Justeru, menyedari hakikat yang terjadi di dalam perlembagaan negara, Lukman Sheriff bertegas bahawa kini tiada pilihan yang tinggal kecuali menggunakan teks perlembagaan dalam BM sebelum kes baru wujud sehingga mencabar perlembagaan dan menunggang terbalikkan budaya asas negara.

“Penggunaan BM sepatutnya menjadi terdesak.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: