Antarabangsa

Subvarian Omicron Umpama Ahli Silap Mata Houdini – Pakar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT (AS), 13 Julai 2022 – “Mereka adalah Houdini dalam kalangan virus COVID.”

“Mereka adalah pakar melepaskan diri.”

Berikut merupakan ulasan Dr Peter Chin-Hong, pakar penyakit berjangkit di University of California, tentang subvarian daripada varian Omicron.

Bercakap mengenai subvarian BA.4 dan BA.5 daripada varian Omicron, beliau menjelaskan bahawa kedua-dua subvarian ini adalah lebih ‘cekap’ berbanding varian COVID-19 yang lain, terutamanya dalam ‘menyembunyikan diri’ daripada dikesan sistem pertahanan badan, lapor The New York Times.

Menurut dapatan pakar lagi, subvarian-subvarian tersebut dapat ‘meloloskan’ diri daripada dikesan sistem pertahanan badan, hatta bagi mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang tinggi sama ada susulan jangkitan COVID lampau atau daripada suntikan vaksin.

Tambah Dr Stuart Campbell Ray, profesor bidang ubat-ubatan di John Hopkins Medicine, terdapat pesakit yang kembali dijangkiti COVID hanya dalam jangka masa dua ke tiga bulan daripada jangkitan asal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: