Tempatan

Subsidi Minyak Masak Dihapuskan, Harga Minyak Masak Bakal Melonjak 40%

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Jun 2022 – Susulan pemansuhan minyak masak dalam botol dihapuskan mulai esok, pemain industri dan peruncit menjangkakan rakyat Malaysia bakal berdepan kenaikan harga minyak masak sekurang-kurangnya 40 peratus.

“Harga minyak masak yang diberi subsidi akan naik lebih 40%. Ini terpakai untuk minyak masak dalam botol 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg,” kata sumber daripada pengeluar minyak masak terkenal kepada The Malaysian Insight.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Ameer Ali Mydin yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Peruncit Bumiputera semasa beliau berkongsi jangkaan harga jualan minyak masak dalam botol di cawangannya bermula 1 Julai.

Katanya, minyak masak dalam botol 1kg jenama Seri Murni meningkat menjadi RM9.25 (kenaikan 38%), manakala jenama Alif, Saji, Buruh dan Vesawit bakal meningkat sehingga 40% ke 42%.

Bagi minyak masak botol 2kg pula, jenama Vesawit melonjak sebanyak 44% menjadi RM18.25, manakala Buruh pada harga RM18.15 (kenaikan 43%), Seri Murni pada RM18.10 (kenaikan 42.5%), Alif pada RM18.05 (meningkat sebanyak 42%) dan Saji pada RM17.90 (meningkat sebanyak 41%).

Seterusnya beliau berkata, minyak masak botol 5kg akan menyaksikan peningkatan ketara antara RM12 hingga RM13.

Katanya, jenama Seri Murni akan dijual pada harga RM42.70 (kenaikan 44%), Buruh pada RM42.60 (kenaikan 43.5%), Alif pada RM42.50 (kenaikan sebanyak 43%), Vesawit pada RM42.25 (meningkat sebanyak 42.5%) dan Saji pada RM42.20 (meningkat sebanyak 42%).

Namun beliau memaklumkan, Mydin merancang untuk menjual minyak runcit botol itu lebih murah sedikit daripada harga dinyatakan di atas.

Sebelum ini, Kerajaan mengumumkan pemansuhan subsidi minyak masak dalam botol 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg sebagai langkah bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dalam jangka masa yang panjang dan seterusnya menstabilkan harga barangan.

Jelasnya lagi, subsidi yang dilaksanakan sebelum ini adalah inisiatif sementara Kerajaan untuk membantu rakyat semasa pandemik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: