Tempatan

Kartel Daging: Habis Pendakwaan Baru Boleh Dedah – Datuk Seri Dr Zulkifli

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberitahu, senarai pengimport daging yang diberikan lesen untuk memasarkan daging di negara ini hanya boleh didedahkan selepas selesai pendakwaan di mahkamah.

“Senarai pengimport daging yang diberikan lesen untuk memasarkan daging di negara ini hanya boleh didedahkan selepas selesai pendakwaan melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mahkamah.”

Ujarnya, senarai itu akan didedahkan mengikut ruang lingkup halal yang diuruskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan perbincangan bersama pihak Bahagian Pengurusan Halal JAKIM.

Datuk Seri Dr Zulkifli sebelum ini menyatakan, bagi mengurangkan kebimbangan orang ramai berhubung isu halal, JAKIM akan mengeluarkan senarai pengimport daging yang diberikan lesen untuk memasarkan daging di negara ini.

Jabatan itu juga akan terus berkolaborasi dengan pihak-pihak lain yang berkaitan bagi memastikan masyarakat mendapat produk daging import yang 100 peratus halal.

Tahun lalu, rakyat Malaysia khususnya Muslim dikejutkan dengan sindiket kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia. 

Susulan operasi pembongkaran daging sejuk beku itu diketuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu, SPRM Johor membuka satu kertas siasatan berhubung isu penyeludupan daging import atau kartel daging import yang menyaksikan penangkapan mereka yang terlibat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: