Tempatan

Suami Isteri Suntik Dadah Dalam Minuman Kultur & Jus

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

MELAKA, 04 Februari 2023 – Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh semalam atas enam pertuduhan bersama-sama mengedar pelbagai dadah dalam bentuk cecair yang disuntik dalam minuman kultur dan jus, bulan lalu.

Menurut portal tempatan, tertuduh Lee Wui Khang, 34, dan isterinya, Pimanmart Chai Songkram, 30, dituduh bersama-sama mengedar cecair ketamin anggaran berat (AB) 31,000 mililiter (ml), serbuk ketamin (AB: 229 gram), MDMA (AB: 229 gram), nimetazepam (AB: 144 gram), ketamin (AB: 96.69 gram) dan ketamin (25,100 ml).

Selain itu, Wui Khang berdepan pertuduhan berasingan mengedar dadah ketamin berat kasar 3,910 ml di tempat letak kereta di hadapan Pangsapuri Straits Emerald Tower, Jalan Merdeka Garden City, dalam daerah Melaka Tengah pada 20 Januari lalu, kira-kira jam 8.10 malam.

BACA JUGA: WASPADA! Sindiket Penyamaran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

BACA JUGA: Setelah Nurul Izzah, Kali Ini Tuduhan Babitkan Speaker Dewan Rakyat

BACA JUGA: Esok, Forum Peradaban Alam Melayu Anjuran PEMBELA & DBP

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pangsapuri di Jalan Merdeka Garden City, di sini, pada 20 Januari lalu, kira-kira jam 8.25 malam.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum berpandukan Seksyen 39B (2) akta sama, jika disabitkan boleh dihukum gantung sampai mati.

Sekiranya hukuman yang diberikan mahkamah adalah hukum penjara seumur hidup, hendaklah disebat minimum 15 sebatan.

Kedua-dua tertuduh mengangguk faham sejurus dibacakan semua pertuduhan dan diterangkan jurubahasa di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan mahkamah bagi pertuduhan mengedar dadah kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri, manakala pasangan itu belum diwakili peguam.

Tambah portal, pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana kesalahan itu tidak boleh diikat jamin sementara menunggu laporan kimia berat sebenar dadah.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes untuk mendapatkan laporan kimia berat dadah dan pengurusan kes pada 15 Mac depan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker