Tempatan

Stok Minyak Masak Bersubsidi Merosot Lagi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SUNGAI PETANI, 12 Julai 2023 – Stok minyak masak bersubsidi dilaporkan kembali merosot sejak seminggu lalu.

Berdasarkan laporan, terdapat peniaga yang mengenakan catuan dengan hanya membenarkan tiga paket dibeli dalam satu-satu masa bagi menangani isu tersebut.

BACA JUGA: Ribut Petir Bakal Rempuh Sabah Sarawak 3 Hari Berturut-Turut

BACA JUGA: Wanita China Punca Kecoh KLIA Didakwa Belum Pulang? KP SPRM Sila Jawab – CIJ

BACA JUGA: Ternak Ayam Di Kandang Babi: Tauke Tiada Lesen Telah Dikompaun

“Di kedai runcit berdekatan kediaman saya, minyak paket itu hanya dibenarkan dibeli dua paket seorang.”

“Walaupun saya merayu mengatakan barang itu perlu untuk penyediaan kuih-muih, namun peniaga beri alasan dia kehabisan stok kerana bekalan dihantar pemborong sedikit,” kata peniaga kuih, Salmah Rahim, 48, dari Taman Ria Jaya.

Menurut peniaga kedai makan, Dang Merduwani Tajuddin, 38, beliau terpaksa bergilir-gilir dengan pembantunya mengunjungi sebanyak mungkin premis untuk mendapatkan stok minyak masak berpaket.

“Saya memerlukan lebih kurang 10 paket minyak masak sehari dan jika gagal mendapatkannya, sudah tentu perniagaan saya akan terjejas,” keluhnya.

Selain itu, peniaga kedai makan di Taman Arked, Salimah Salim, 39, juga hairan kerana minyak masak paket dan pelbagai barangan subsidi lain sentiasa mengalami kekurangan bekalan di pasaran.

Oleh itu, beliau menyeru pihak berkuasa memantau keadaan ini kerana ia akan memberi kesan kepada kehidupan seharian pengguna yang telah terbeban dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: