Tempatan

Penyakit Mental: Ramai Salah Faham & Burukkan Keadaan – Pakar Psikiatri

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NILAI, 07 Oktober 2022 – Antara punca utama salah faham terhadap pesakit mental ialah kerana penyakit mental adalah penyakit yang tidak kelihatan, jelas Pakar Psikiatri, Dr Rozanizam Zakaria.

Berbeza dengan sakit kanser, orang patah kaki dan penyakit-penyakit lain yang boleh dilihat, penyakit mental di mana pesakit mungkin kelihatan sama seperti orang lain, ada anak, isteri tetapi dalam masa yang sama pesakit mental menghadapi banyak isu.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata pesakit mental menghadapi isu seperti isu emosi, isu fikiran, gangguan untuk fokus ketika bekerja yang akhirnya membawa kepada masalah.

Justeru, daripada situ timbullah salah faham yang pelbagai dari orang ramai yang menganggap mereka gila, tidak waras, membahayakan, hanya mencari perhatian, penyakit yang dibuat-buat dan seorang yang lemah, ujar beliau.

Sedangkan apabila bercakap berkenaan penyakit mental, ia adalah penyakit yang mempunyai unsur biologi iaitu perubahan pada struktur kimia dalam otak manusia dan juga terdapat aspek psikologi iaitu kesan terhadap pemikiran manusia.

Selain itu, penyakit mental juga melibatkan aspek sosial yang mana apabila dirangkumkan ia adalah penyakit yang rumit dan kompleks untuk difahami.

Jadi, sekiranya orang ramai hanya menuding hanya kepada satu aspek, ia tidak menyelesaikan masalah malah akan memburukkan lagi keadaan, demikian penjelasan Dr Rozanizam Zakaria berkenaan kesan persepsi orang ramai terhadap pesakit mental.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: