Tempatan

Statut Rom: Tun M Tidak Jujur Pada Majlis Raja-Raja & Rakyat Malaysia – TMJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KHAMIS, 16 Disember 2021 – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menyelar mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menyatakan bahawa mantan Perdana Menteri tersebut tidak jujur dalam menjelaskan isu ICERD dan Statut Rom kepada Majlis Raja-Raja dan rakyat Malaysia.

“Berkenaan isu Statut Rom dan ICERD ini, Tun Mahathir bukan sahaja tidak jujur kepada Majlis Raja-Raja, tetapi Tun juga tidak jujur sepenuhnya kepada rakyat Malaysia,” titah baginda dalam sebuah hantaran di laman Facebook.

“Perkara yang dibuat secara tergesa-gesa pada ketika itu akan menggugat kesejahteraan rakyat dan menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu,” tambah baginda lagi.

Baginda turut menegaskan bahawa sebagai seorang berbangsa Melayu, beliau tidak akan lupa akan tugas beliau untuk mempertahankan agama Islam.

“Tetapi saya juga adalah seorang bangsa Melayu dan tidak lupa akan tugas saya untuk mempertahankan Agama Islam. Itulah sebab saya menentang Statut Rom dan ICERD,” titah baginda lagi.

Baginda juga menegaskan bahawa Tun Dr. Mahathir tidak akan dapat menyelesaikan masalah negara yang dicipta oleh Tun sendiri hanya dengan menyerang institusi diraja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: