Terkini

Antara Telur, Ayam Dan Babi – Profesor Dr Ridhuan Tee

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Dalam keadaan kesukaran mendapat telur untuk dimakan, begitu juga dengan kenaikan harga semua barangan asas, seperti ayam, bawang dan sebagainya, tiba-tiba kita dikejutkan dengan keputusan untuk stabilkan harga babi, dengan membawanya ke Kabinet.

Begitulah besarnya kuasa babi, sehingga dibincangkan di Kabinet. Walhal berapalah sangat pemakan babi, berbanding dengan pemakan ayam, daging lembu dan sebagainya.

Kenapa suara babi begitu ditakuti dalam sebuah negara Islam, sedangkan kita masih bertarung dengan ketiadaan telur, kenaikan harga telur dan ayam.

Teramat malang lagi, bila mendengar jawapan untuk stabilkan harga telur dan ayam, jangan makan telur dan ayam.

Inilah nasib Melayu di bumi Melayu

Makanan asasinya tidak terdarjat, makanan yang haram terangkat darjatnya, hanya kerana ultra kiasu.

Kita sedia maklum, ultra kiasu inilah juga yang mengangkat pemimpin hari ini sehingga berkuasa, tetapi berpada-padalah dalam soal menjaga kepentingan mereka.

Selama ini, kita sudah menjaga mereka, ibarat menatang minyak yang penuh.

Masih ingat lagi artikel saya sebelum ini, babi eksport, lembu import. Negara ini tidak terkenal sebagai pengeksport lembu yang menjadi makanan majoriti, tetapi terkenal dengan pengeksport babi yang menjadi makanan minoriti.

Inilah yang telah saya bangkitkan selama ini, Melayu menjadi minoriti dalam majoriti.

Ini belum bercakap lagi soal Pendidikan, kita begitu beriya-iya untuk mengubah sistem pendidikan Islam, seperti SRITI, tetapi pendidikan vernakular langsung tidak disentuh.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: