Tempatan

Kenapa Kerajaan Nak Lawan Mereka Yang Tak Mahu Kekal Islam – Siti Kasim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 April 2022 – “Mengapa kerajaan melawan dan menghukum mereka yang tidak mahu kekal dalam Islam? Anda tidak boleh memaksa sesiapa untuk mempercayai sesuatu jika mereka tidak mahu. Biarkan sahaja mereka pergi,” kata peguam, Siti Kasim.

Siti Kasim mengkritik pihak kerajaan yang dikatakan ‘memaksa’ rakyat untuk kekal menjadi penganut Islam sedangkan baginya tiada paksaan di dalam Islam.

“Saya langsung tidak faham mengapa di Malaysia rakyat perlu bermati-matian untuk meninggalkan Islam. Jelas sekali dalam Islam tidak ada paksaan sama sekali,” ujarnya.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Siti Kasim di Facebook miliknya berkenaan dengan artikel yang diterbitkan oleh Malaymail.com yang bertajuk ‘Mahkamah Tinggi Mengisytiharkan Wanita Kelahiran Selangor ‘Bukan Islam’, Penukaran Agama Islam Secara Unilateral Pada Usia Empat Tahun Tidak Sah.

Berdasarkan artikel tersebut, seorang wanita yang hanya ingin dikenali sebagai D telah diisytiharkan keislamannya terbatal oleh Mahkamah Tinggi setelah lapan tahun ‘berjuang’ di mahkamah untuk mendapatkan pengisytiharaan tersebut bagi membolehkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan perkataan ‘Islam’ daripada kad pengenalannya.

Menurut D, dia tidak pernah beragama Islam pada mulanya, hanya memeluk Islam secara unilateral pada usia empat tahun apabila ibunya yang pada mulanya beragama Buddha telah memeluk Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: