Tempatan

SPRM Teruskan Siasatan Laporan Isu Integriti Pegawai JAKIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 22 Mei 2022 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih meneruskan siasatan mengenai laporan membabitkan isu integriti pegawai Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam pelanggaran protokol halal sebuah rumah penyembelihan di Australia.

Lapor Utusan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima laporan yang dibuat oleh Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (PEKEMAS) sekaligus akan memanggil mereka untuk memberi maklumat lanjut.

Selasa lalu, Presiden PEKEMAS, Faizan Mohd. Nor melaporkan isu berkenaan kepada SPRM kerana didakwa wujudnya pelanggaran integriti beberapa pegawai JAKIM yang tidak membuat pemantauan sebaiknya dan bersikap memejamkan mata membenarkan kesilapan berlaku.

Walhal katanya, langkah pemeriksaan dan pemantauan berada di bawah tanggungjawab pegawai termasuklah seorang pengurusan tertinggi jabatan tersebut.

Tambah beliau, laporan isu berkenaan akan dibentangkan SPRM dalam mesyuarat suruhanjaya itu dan pegawai penyiasat akan dilantik mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Selain pendedahan sumber, rakaman audio yang dipercayai membabitkan pegawai JAKIM, SICHMA dan seorang individu lain turut didedahkan Faizan dalam sidang akhbar beberapa hari lalu.

Ulasnya, laporan dibuat agar SPRM dapat menyiasat dan membongkarkan isu moral dalam kalangan pegawai yang terlibat dalam kelulusan Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc. (SICHMA) selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab ke atas penyeliaan halal Thomas Food Industries (TFI).

Seterusnya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz, Ketua Polis Daerah Putrajaya memaklumkan bahawa pihaknya tidak menerima laporan PEKEMAS tetapi hanya menerima laporan daripada seorang pesara kerajaan berkaitan isu itu.

Individu tersebut meluahkan kekecewaannya kerana JAKIM tidak menjalankan siasatan terperinci dan mendedahkan namanya memakan daging yang tidak halal.

“Tiada kertas siasatan dibuka bagi kes ini. Ia dirujuk kepada pihak majistret,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: