Tempatan

Malaysia Dilanggar Hujan, Ribut Dan Banjir Hari Ini Sehingga Mei

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Mac 2022 – Negara dijangka akan menerima tiupan angin dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat bermula hari ini (14 Mac) berterusan sehingga pertengahan Mei.

“Kejadian ini dijangka berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan negeri Pantai Barat, pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak,” kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah.

Tambah METMalaysia seperti dilaporkan Berita Harian, permulaan Fasa Peralihan Monsun itu menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang bermula sejak 3 November lalu.

Amaran juga dikeluarkan agar semua pihak berjaga-jaga kerana hujan lebat dan ribut petir yang bakal melanggar negara itu berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Sebelum ini, Haliza Abdul Rahman, saintis alam sekitar dari Universiti Putra Malaysia menjangkakan kawasan termasuk Malaysia, mungkin berdepan dengan taufan tropika yang lebih hebat dalam masa terdekat.

Jangkaan berlakunya siklon atau ribut yang lebih kuat itu adalah berdasarkan simulasi yang dilakukan untuk tempoh 100 tahun dengan menggunakan 10,000 tahun data simulasi.

Minggu lalu, jutaan rakyat mengalami detik cemas apabila sebahagian kawasan di Lembah Klang ditenggelami banjir kilat akibat hujan lebat yang turun pada hari itu.

Foto-foto dan video-video yang dikongsikan oleh orang ramai menunjukkan betapa dahsyatnya air banjir yang melimpah ke jalan-jalan raya sehingga mampu menenggelamkan kenderaan-kenderaan yang ada.

“Insiden banjir kilat ini menyebabkan kawasan tempat letak kereta di Besraya ditenggelami air sehingga kedalaman 0.6 meter. Selain itu, adalah dianggarkan 103 buah rumah telah terjejas di sekitar Kampung Periuk dan Kampung Pasir Baru, Kuala Lumpur,” kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: