Tempatan

SOSMA Akta Yang Tidak Berperikemanusiaan, Menteri Gesa Mansuh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 23 Januari 2023 – “Selain itu, saya lihat SOSMA ini sebagai akta yang tidak berperikemanusiaan. Oleh itu saya gesa agar Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memansuhkan SOSMA di negara ini,” kata Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy.

Kata beliau, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas (2012) (SOSMA) dilihat bersifat kejam berikutan tahanan tidak boleh diadili mengikut proses undang-undang serta tidak boleh diikat jamin.

BACA JUGA: Perjuangan Melawan COVID-19 Masih Berliku, Tegas China Sempena Tahun Baru

BACA JUGA: Penjara Atau Denda, Guna Jata Persekutuan Tanpa Kebenaran

BACA JUGA: Amaran Angin Kencang & Laut Bergelora Di Pantai Timur Hingga Rabu Depan

Bukan itu sahaja, katanya SOSMA juga berpotensi untuk disalah guna bagi tujuan politik biarpun akta itu mengatakan tiada mana-mana pihak yang boleh ditangkap mahupun ditahan di bawah seksyen tersebut dengan hanya berdasarkan kepercayaan atau aktiviti politiknya.

“Selain itu, di bawah akta ini juga, pihak berkuasa boleh menahan sesiapa sahaja tanpa waran yang mana, ia dibuat dengan mempercayai atau mengesyaki bahawa individu tersebut terlibat dalam kesalahan keselamatan.”

Berikutan itu, beliau mendesak Kerajaan untuk memansuhkan SOSMA sebagaimana Kerajaan dahulu yang memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

Sebelum ini, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pernah menegaskan bahawa SOSMA masih diperlukan bagi menjaga keselamatan negara ini susulan masih wujud jenayah berunsur keganasan di Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: