Antarabangsa

YDPA Al-Sultan Abdullah Ketua Negara Pertama Hadiri Istiadat Pertabalan Raja UK

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WESTMINSTER ABBEY, 08 Mei 2023 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan ketua negara pertama yang berangkat menghadiri istiadat pertabalan Raja United Kingdom (UK).

Menerusi sebuah hantaran di laman media sosial, Istana Negara melaporkan keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menghadiri Istiadat Pertabalan Baginda Raja Charles III, yang berlangsung di Westminster Abbey semalam.

“Kali terakhir istiadat yang sama diadakan adalah 70 tahun lalu, ketika Ratu Elizabeth II ditabal menjadi ketua negara UK pada 2 Jun 1953,” memetik hantaran tersebut.

BACA JUGA: UAE Rancang Bina Masjid Cetakan 3D Pertama Di Dunia

BACA JUGA: Kawasan Hijau KL Makin Kritikal

BACA JUGA: WMO Beri Amaran, Bersedia Untuk Cuaca Panas Melampau

Jelasnya, ketika itu, Tanah Melayu masih belum mencapai kemerdekaan dan Institusi Yang di-Pertuan Agong belum lagi wujud.

Dalam pada itu, data sejarah merekodkan, ketika istiadat pertabalan Ratu Elizabeth II diadakan, Sultan Kelantan, Sultan Johor, Sultan Perak dan Sultan Selangor berkenan mewakili Tanah Melayu, yang ketika itu masih lagi di bawah pentadbiran British sebagai negara koloni, menghadiri istiadat berkenaan.

Semalam, Raja Charles III ditabalkan menjadi Raja Britain sekali gus menandakan permulaan pemerintahan era baharu di Britain. Baginda menggantikan bondanya, Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 08 September 2022 pada usia 96 tahun.

Ratu Elizabeth II merupakan pemerintah Britain paling lama menduduki takhta dan menjadi raja kedua terlama dalam sejarah Eropah selepas Raja Louis XIV di Perancis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: