Antarabangsa

Solomon Islands Tolak Tawaran Australia Mendanai Pilihan Raya Umum, Dilabel Cubaan Masuk Campur Hal Ehwal Negaranya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SOLOMON ISLANDS, 08 September 2022 – Tawaran Australia yang mahu mendanai Pilihan Raya Umum Solomon Islands telah ditolak kerana dianggap sebagai serangan terhadap demokrasi berparlimen dan cubaan campur tangan hal ehwal negara tersebut, menurut Perdana Menteri Solomon Islands Manasseh Damukana Sogavare.

Kerajaan negara tersebut juga menuduh tindakan Kerajaan Australia itu cuba “mempengaruhi cara ahli parlimen akan mengundi” pada undang-undang baharu yang mana undang-undang tersebut akan menangguhkan pilihan raya selama beberapa bulan.

Baru-baru ini, Sogavare memperkenalkan undang-undang untuk mengubah perlembagaan bagi membenarkan penangguhan dalam kitaran pilihan raya umum selama empat tahun yang mana, pilihan raya umum seterusnya pada masa ini bakal diadakan pada Mei 2023, namun Sogavare telah menggesa pilihan raya umum itu ditunda ke 2024.

Dalam pada itu, negara kepulauan tersebut menghargai tawaran daripada Australia, tetapi merasa keberatan kerana cadangan Australia itu didedahkan kepada umum semasa ia “dalam proses membalas” kepada Canberra, Australia.

Tawaran kewangan oleh Australia kepada negara tersebut bukanlah kali pertama kerana sebelum ini Australia kerap memberikan bantuan kewangan kepada Solomon Islands selain turut menyokong pilihan raya umum yang lalu iaitu pada 2019.

Selain itu, Australia juga kini sedang menyediakan pembiayaan kira-kira $5.7 juta kepada Pejabat Pilihan Raya Solomon Islands untuk program pembaharuan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: