Antarabangsa

Solidariti Palestin: Israel Dituntut Dihalang Sertai Sukan Olimpik 2024

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LAUSANNE, 16 Jun 2024 – Ratusan penunjuk perasaan menuntut agar Zionis Israel dihalang daripada menyertai Sukan Olimpik 2024 di Paris, di tengah-tengah serangan berterusan di Gaza.

Penunjuk perasaan yang berkumpul di hadapan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Switzerland semalam mengecat tangan dengan cat merah sebagai tanda solidariti kepada mangsa korban Palestin yang dibunuh tentera Zionis.

Mereka meninggalkan kesan cat di pintu masuk bangunan sebagai usaha untuk meyakinkan pihak jawatankuasa mengambil tindakan segera terhadap Israel, sebagaimana pengecualian Russia dan Belarus pada 2022 berikutan insiden perang di Ukraine.

“Mari kita larang negara Israel yang melakukan pembunuhan beramai-ramai daripada bertanding dalam Sukan Olimpik,” tempelak penunjuk perasaan.

Mereka turut melaungkan slogan menentang pembunuhan beramai-ramai dilakukan rejim Zionis, sambil mengangkat bendera Palestin dan sepanduk boikot Israel.

Protes aman itu berlangsung selama lebih dua jam tanpa campur tangan pihak polis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: