Antarabangsa

Solidariti Palestin: Anak Muda Berhimpun Online, Petanda Zionis Kalah Perang?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CALIFORNIA, 26 Oktober 2023 – Anak-anak muda yang tidak dapat menghadiri himpunan aman dalam kehidupan sebenar telah mengadakan himpunan solidariti Palestin di dunia maya melalui permainan popular Roblox.

Menerusi sebuah video yang tular di X, didapati ratusan pemain Roblox mengibarkan bendera Palestin sambil berarak menyelusuri jalan yang dipenuhi lebih banyak bendera negara Islam itu.

Himpunan tersebut kemudiannya berakhir di dataran yang luas dan terbuka serta mempunyai papan tanda besar berwarna bendera Palestin dan ditulis ‘Solidarity Untukmu’. Penggunaan bahasa itu menunjukkan himpunan telah dimulakan di kalangan pengguna dari negara Asia Tenggara.

Memetik laporan media Timur Tengah, usaha tersebut mendapat pujian ramai pengguna media sosial di mana rata-rata mereka mengatakan, terdapat harapan baru terhadap perjuangan Palestin pada generasi akan datang.

Seorang pengguna juga menegaskan, jika usaha itu mendapat sokongan orang muda, pihak lawan (Zionis Israel) telah kalah dalam peperangan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: