Solidariti Kerabat Diraja Pahang Kepada Rakyat Palestin
Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
KUALA LUMPUR, 12 Mei 2021 – Berikutan serangan zionis Israel terhadap rakyat Palestin bermula Jumaat minggu lalu, kerabat diraja Pahang menunjukkan solidariti mereka menerusi IG Story.
Antara kerabat diraja Pahang yang bersama-sama menunjukkan solidariti adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Co. Founder Green Ribbon YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah dan Tengku Abu Bakar Ahmad Bin Almarhum Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah memuat naik IG Story baginda dengan poster “Unity! A Peaceful World InshaAllah” dan “Pray For Palestine”.
Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah pula memuat naik poster “Dua for Palestine”.
IG Story Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah memuat naik poster “Pray For Palestine” dan “Red for Palestine”
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan IG Story “We swear by the name of Allah” dan “Dua for Palestine”, poster yang sama juga dimuat naik oleh Yang Amat Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah dengan IG Story.
Manakala Co. Founder Green Ribbon Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah dan Tengku Abu Bakar Ahmad Bin Almarhum Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah pula memuat naik semula post peninju UFC terkenal, Khabib Nurmagomedov yang bererti, “Anda tidak perlu menjadi seorang Muslim untuk berdiri demi Gaza, anda hanya perlu menjadi seorang manusia.” #prayforpalestine.