Solidariti Doa Untuk Palestin, Masjid Negara 2 Ogos 2024 – Gerakan PEMBELA UMMAH
1. Kami, Gerakan PEMBELA UMMAH, ingin merakamkan perasaan sedih dan kecewa kami di atas segala bentuk kekejaman, penindasan, pembunuhan, ketidakadilan serta kehancuran sistem tatakelola dunia di dalam isu Genosid Palestin.
2. Gaya dan cara Pembunuhan Ketua Biro Politik HAMAS semalam mencampakkan dunia ke zaman gelap. Ia menggambarkan dengan jelas dunia kini dikuasai negara-negara Pembuli yang mengamalkan sistem keadilan Binatang. Yang kuat membuli dan membunuh yang lemah.
3. Segala sistem tatakelola dunia di bawah Tatanan Dunia Baru yang dipaksakan ke atas negara-negara lain, kini menjadi lumpuh, diludah perbuatan dan perlakuan barbarik Rejim Aparteid Zionis.
4. Ketika seluruh dunia bangkit mempertahankan hak-hak kemanusiaan rakyat Palestin, negara-negara Islam, kecuali yang sedikit, dilihat lesu membangkitkan protes serta tindakan yang boleh menghasilkan perubahan dunia kepada permasalahan ini.
5. Pemimpin-pemimpin dunia Islam dilihat bersikap bagai melepaskan batuk di tangga. Jika ada pun yang bersuara, ia tidak lepas dari kerongkongan peti suara kerana tidak disusuli dengan tindakan dan perlakuan yang tegas dan betul.
6. Pemimpin-pemimpin negara Islam harus digegar dan disedarkan dari lamunan bahawa slogan-slogan Pseudo Solidariti mereka bersama Palestin ini, disedari seluruh umat Islam seluruh dunia, hanyalah sekadar aksi maha karya drama PR dalam isu Palestin ini.
7. Sudah tiba masanya, umat Islam mengenepikan serta menguruskan perbezaan pendapat di kalangan mereka untuk mendepani pembulian dan candu-candu PR Pseudo Pro Palestin pemimpin-pemimpin mereka.
8. Umat Islam di seluruh dunia harus bangkit membebaskan diri mereka dari cengkaman boneka-boneka pro-zionis di dalam negara mereka.
9. Umat Islam di seluruh dunia harus bangkit, menekan pemimpin-pemimpin mereka yang mengekang kebebasan bersuara mereka di dalam isu kemanusiaan yang menimpa saudara-saudara mereka di Palestin dan seluruh dunia.
10. Sebelum Palestin Merdeka, kita umat Islam di seluruh dunia harus membebaskan diri dan negara kita dari cengkaman boneka pembuli Rejim Barbarik Aparteid Zionis.
11. Jumaat ini, kami menyahut seruan solidariti untuk bersama-sama seluruh jemaah umat Islam seluruh dunia untuk bersama-sama membaca Qunut Nazilah dan meneruskan tindakan-tindakan yang boleh menggerakkan perubahan di dalam isu umat Islam Palestin ini.
12. Ayuh! Kita berdoa bersama pada Jumaat ini (2 Julai 2024) di Masjid Negara selepas Jumaat!