Tempatan

Solidariti Bantahan Penghinaan Agama Islam Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Januari 2023 – Sebuah demonstrasi solidariti membantah penghinaan ke atas agama Islam oleh ahli politik Sweden berhaluan kanan, Rasmus Paludan, akan diadakan pada hari ini.

Demonstrasi yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) itu akan diadakan selepas solat Jumaat di mana NGO, NGI, pemimpin Islam dan ahli politik serta semua umat Islam di negara ini akan berarak dari Masjid KLCC hingga ke Kedutaan Sweden.

“Tindakan yang menimbulkan kebencian di antara agama ini merupakan satu perbuatan jenayah yang tidak bertamadun.”

BACA JUGA: Al-Azhar Gesa Negara Islam Boikot Produk Belanda & Sweden

BACA JUGA: Malaysia Tidak Tolak Ansur Tindakan Bakar Al-Quran – PM

BACA JUGA: Perbuatan Bakar Al Quran Adalah Jenayah Yang Tidak Bertamadun – Pengerusi PEMBELA

“Provokasi kepada Islamofobia sentiasa diapi-apikan oleh pihak tertentu bagi memburukkan Islam dan penganutnya seluruh dunia,” tegas UMMAH dalam Facebooknya.

Semalam, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Mahmud Hishamuddin turut membangkitkan bantahan tegas terhadap tindakan membakar kitab suci al Quran oleh Rasmus Paludan dan sikap ‘double standard’ kerajaan Sweden dalam mengekang tindakan-tindakan Islamofobia.

Oleh itu, pertubuhan itu menggesa seluruh umat Islam untuk turut serta bersolidariti dengan NGO-NGO Islam lain hari ini supaya keadilan dalam menegakkan prinsip-prinsip asas hak asasi manusia tidak dicemari dengan elemen-elemen tindakan ‘double standard’ dan kebencian melampau seperti yang berlaku di Sweden.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: