Tempatan

Boikot Syarikat Sumbang Kepada Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 16 Oktober 2023 – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk memboikot syarikat atau produk yang menyumbang kepada Israel.

Memetik laporan berita tempatan, beliau berkata terdapat syarikat atau restoran telah menderma makanan secara percuma kepada rejim haram apartheid Israel di mana rejim tersebut telah menyerang rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Kata beliau, terdapat beberapa negara yang telah memutuskan untuk memboikot restoran berkenaan antaranya termasuklah Arab Saudi, Mesir, Lubnan serta Kuwait.

Dalam laporan yang sama, beliau juga menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama menjalankan tanggungjawab kemanusiaan dengan menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang sedang dilanda krisis.

Katanya, bantuan berkenaan dapat mengurangkan penderitaan yang dihadapi rakyat Palestin impak daripada serangan rejim haram apartheid Israel.

“Umat Islam di seluruh dunia wajib membantu saudara mereka yang sedang berjuang di bumi Palestin bagi mempertahankan diri dan tanah air daripada serangan kejam Israel,” tegas beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: