Tempatan

Solidariti Bantahan Hina Islam Di Hadapan Kedutaan Sweden Dibanjiri NGO & Umat Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Januari 2023 – Sebuah demonstrasi solidariti ‘Bantahan Penghinaan Agama Islam Oleh Ahli Politik Sweden’ sedang berlangsung di perkarangan Kedutaan Sweden di sini bagi menyatakan bantahan tegas terhadap tindakan ahli politik Sweden, Rasmus Paludan yang telah mencetuskan sentimen anti Islam dengan membakar al-Quran, baru-baru ini.

Gerakan solidariti tersebut dihadiri oleh puluhan wakil kumpulan NGO yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan juga turut mendapat perhatian dan sokongan orang ramai yang dilihat turut sama menyertai demonstrasi tersebut.

Demonstrasi solidariti tersebut bermula dengan berarak dari Masjid KLCC usai Solat Jumaat dan kemudiannya berkumpul di hadapan Kedutaan Sweden bagi menyerahkan memorandum kepada kedutaan terbabit.

Terdapat beberapa NGO yang menaikkan sepanduk antaranya membantah sentimen Islamofobia.

Himpunan ini turut dihadiri oleh Persatuan Mahasiswa Malaysia, Ahli-ahli Parlimen, Exco-Exco Kerajaan, selebriti Caprice dan beberapa tokoh-tokoh politik seperti Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan pemimpin PAS.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: