Solat Terawih: Selangor Larang Guna Khidmat Imam Luar Negara
SELANGOR, 18 Mac 2023 – Selangor melarang menggunakan khidmat imam luar negara bagi pelaksanaan solat terawih Ramadhan ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal, YB Zawawi Bin Ahmad Mughni, semua pentadbir masjid, surau dan musolla hendaklah memastikan hanya menggunakan khidmat imam lantikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atau imam lantikan masjid, surau dan musolla sahaja.
BACA JUGA: Orang Melayu Lemah, Mudah Pihak Lain Jalankan Agenda
BACA JUGA: Larangan JAIS Tegah Umat Islam Ziarah Rumah Ibadat Lain, Dibantah MUDA
BACA JUGA: Jom Ziarah Gereja: MAIS Persoal Risalah & Iklan Masih Mengelirukan
“Jemputan imam luar negara adalah sama sekali tidak dibenarkan melainkan setelah mendapat kebenaran dari pihak JAIS,” memetik kepada kenyataan media yang dikeluarkan di Facebook beliau.
Larangan itu merupakan sebahagian daripada ketetapan yang ditetapkan bagi pelaksanaan Program Ihya’ Ramadhan 1444H ini.
Selain itu, beliau itu turut memberitahu bahawa pelaksanaan solat tarawih hendaklah dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dengan membaca surah-surah atau ayat-ayat pendek.
Pelaksanaan tazkirah pula hendaklah dilaksanakan selepas selesai solat sunat terawih yang disampaikan oleh penceramah bertauliah dan tempoh tazkirah tersebut hendaklah tidak melebihi 20 minit.
Kenyataan itu turut menggalakkan para jemaah agar memakai pelitup muka dan tidak perlu hadir ke masjid atau surau jika didapati berada dalam keadaan tidak sihat dan mempunyai gejala kurang sihat.