Antarabangsa

Solat Jumaat Dalam Ribut Salji Di Moscow

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 30 Januari 2022 – Siapa yang menjaga solat maka dia telah mendirikan agamanya dan sesiapa yang meninggalkan solat maka dia telah meruntuhkan agamanya.

Kata-kata ini sebenarnya tidak cukup untuk menggambarkan apa yang berlaku di sebuah kawasan di Moscow, Jumaat lalu.

Menerusi sebuah video atas talian, salji lebat yang turun melitupi bumi di bumi Moscow tidak menghalang umat Islam di sana menunaikan solat Jumaat.

Tebalnya salji yang turun sehingga membentuk seakan hamparan permaidani putih langsung tidak memutuskan semangat Muslim Moscow untuk beribadah kepada Allah Yang Maha Esa, pada hari Jumaat yang mulia.

Dalam video berdurasi hampir seminit itu, bersaf-saf lelaki Muslim memenuhi rumah Allah, Al Shuhada Mosque Victoria Park sehingga membanjiri kawasan luar masjid.

Berbumbungkan langit dan berlantaikan salji, jemaah Muslim yang dilihat lengkap berpakaian baju sejuk tebal dengan hood di kepala, menghamparkan tikar sejadah mereka membentuk barisan saf.

“Marilah mendirikan solat,
Marilah menuju kejayaan,
Sesungguhnya telah hampir untuk mendirikan solat,
Telah hampir untuk didirikan solat.”

Laungan iqamat ini mengakhiri durasi video, “Solat Jumaat Dalam Ribut Salji Di Moscow”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: